|
Tarikh : 03 Julai 2024 Masa : 3:30 Petang hingga 5:30 Petang Lokasi : NADI Pekan Kubur Panjang Peserta : 6 Orang Peserta |
TUJUAN
Tujuan Program Sistem IQ-Nilam adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid serta meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang Program Sistem IQ-Nilam adalah petugas membimbing pelajar untuk mendaftar masuk ke dalam sistem Delima menggunakan ID Delima yang pihak sekolah berikan. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar dan bimbingan tentang cara merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM dalam sistem IQ-Nilam.