|
Tarikh : 11 Oktober 2023 Masa : 2:30 Petang hingga 5:30 Petang Lokasi : PEDi Pekan Kubur Panjang Peserta : 4 Orang Peserta |
TUJUAN
Tujuan kelas/latihan Microsoft Word adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam menyiapkan kerja kursus Tingkatan 6 supaya mengetahui asas-asas menaip dokumen, dan juga langkah-langkah seterusnya menggunakan Microsoft Word dengan betul dan lebih mendalam.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kelas/latihan menaip ialah para peserta diberi tunjuk ajar akan asas-asas microsoft word dan latihan asas menaip di dalam dokumen. Seterusnya, peserta juga diberi tunjuk ajar cara memindahkan gambar dari telefon bimbit ke komputer serta memuat naik gambar yang diperlukan ke dalam dokumen. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara penggunaan dalam aplikasi microsoft word yang merangkumi “wording and image adjustment” , “insert table”, “font and alignment” sehinggalah cara menyimpan dokumen di dalam komputer serta proses mencetak.