|
Tarikh : 4 April 2023 Masa : 2 PETANG hingga 5:00 PETANG Lokasi : PEDi PEKAN KUBUR PANJANG Peserta : 6 Orang Peserta |
TUJUAN
Tujuan kelas/latihan Microsoft Word adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya mengetahui asas-asas menaip dokumen dan juga langkah-langkah seterusnya menggunakan Microsoft Word dengan betul dan lebih mendalam
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kelas/latihan menaip ialah peserta diberi tunjuk ajar akan asas-asas microsoft word dan latihan asas menaip di dalam dokumen. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar dengan lebih mendalam tentang Microsoft Word seperti “insert and draw table”, “spacing options”, “format painter” dan “acrobat” . Di samping itu, peserta diberi tunjuk ajar cara penggunaan dalam aplikasi microsoft word yang merangkumi “wording and image adjustment” sehinggalah cara menyimpan dokumen di dalam komputer.

