PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Penubuhan PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan Mukim Rambai agar setaraf dengan masyarakat di bandar masa kini.