mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS PERISIAN KOMPUTER (CREATE YOUR ATTRACTIVE RESUME)

Tarikh      : 8 NOVEMBER 2022

Masa      :  10.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    :  PEDi PEKAN KUBUR PANJANG

Peserta :   1 Orang Peserta

TUJUAN

Memberi pendedahan tentang cara-cara membuat resume yang menarik untuk meyakinkan pihak majikan bahawa peserta atau calon layak menjalani proses temuduga. Di samping itu, peserta juga dapat menunjukkan kemampuan, kebolehan serta bakat di dalam resume tersebut.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kelas resume ini adalah perkongsian definisi, tujuan dan jenis resume yang perlu peserta tahu. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan yang mendalam untuk menulis dan mencipta resume yang menarik dan kreatif. Peserta juga diberi pendedahan tentang perkara yang perlu dimasukkan ke dalam resume seperti pengenalan, pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran, dan maklumat perhubungan.