mcmc
Laporan Aktiviti

BENGKEL DIGITAL MARKETING “SHOPEE”

Tarikh      : 15 DISEMBER 2022

Masa      :  9:00 PAGI hingga 1:00 PETANG  

Lokasi    :  DEWAN MASJID AL-FALAH SUNGAI TIANG

Peserta :   6 Orang Peserta

TUJUAN

Tujuan latihan keusahawanan adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan semua golongan lapisan masyarakat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui latihan keusahawanan berkaitan asas menjalankan perniagaan dan sekaligus menawarkan peluang pekerjaan.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang latihan keusahawanan adalah peserta diberi pendedahan tentang “bengkel digital marketing shopee” dan peserta juga diberi tunjuk ajar kaedah mencipta logo perniagaan masing-masing di aplikasi Canva. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang aplikasi Shopee bagi tujuan memcipta akaun perniagaan dan juga perserta diberi tunjuk ajar tentang memuatnaik produk perniagaan. Disamping itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang penggunaan platform Shopee bagi tujuan menerima pesanan, mencetak waybills dan menghantar pesanan.