mcmc
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

BANTUAN SARAHIDUP 2020

Tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020.

Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu/kemaskini sekiranya:

√ Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan,
√ Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu / kemaskini sekiranya:
√ Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu);
√ Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
√ Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.