Tarikh : 8 SEPTEMBER 2024 Masa : 10.00 PAGI hingga 2.00 Petang Lokasi : NADI Pekan Kubur Panjang Peserta : 22 Orang Peserta |
TUJUAN
Perkhidmatan Mobile Team KWSP dan Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak Aduan dan Maklumat Palsu adalah untuk membantu dan memudahkan komuniti dalam urusan KWSP terutamanya di kawasan luar bandar.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang Perkhidmatan Mobile Team KWSP:
1) Pendaftaran / Pengaktifan i-Akaun KWSP
2) Percetakan penyata KWSP
3) Semakan rekod penamaan
4) Penerimaan borang penamaan
5) Penerimaan Permohonan Pengeluaran 50/55/60 TAHUN
6) Pendaftaran Skim Simpanan Shariah
7) Pendaftaran Skim i-saraan/i-Lindung
8) Pendaftaran Ahli
9) Kemaskini alamat
10) Khidmat nasihat
Selain itu, komuniti juga diberi penerangan ringkas Klik Dengan Bijak iaitu tentang aduan dan maklumat palsu berkenaan pengeluaran wang KWSP oleh individu/pihak yang tidak bertanggungjawab